Friday, 8 March 2019

Al-Imran Ayat 121

4.3.121
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 121:


.
Ringkasan tafsir;
Dalam ayat ini Allah mengingatkan kepada Rasul Nya, ingatlah sewaktu engkau keluar dipagi hari meninggalkan ahli rumah mu menuju kemedan perang melawan orang Quraisy Makkah dengan menempatkan tentera mu orang mukmin dibeberapa tempat pertahanan yang dikhaskan bagi pasukan pemanah, berkenderaan dan berjalan kaki.
Bahawa sesungguhnya Allah mendengar lagi mengetahui apa-apa yang dituturkan oleh Mukmin yang ikhlas kepada Nabi Nya, bila diajak bermesyuarat mereka bersetuju untuk keluar dari kota Madinah untuk menentang musuh. Dan Allah juga mengetahui apa-apa yang dituturkan oleh sebahagian dari mereka yang tidak bersetuju keluar berperang bahkan akan bertahan sahaja di Madinah.

.
[previous] [next] [home] 

.
Rujukan sumber,

Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 121~130,
[GS] https://sites.google.com/site/sitismartherbs/9/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Monday, 27 June 2016

Surah Al-Baqarah (118)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 118:
Ringkasan tafsir
Ayat ini menceritakan keburukan kaum musyrikin Mekah yang mengingkari kenabian Nabi Muhammad. Mereka berkata “mengapa Allah tidak  lebih dahulu memibcarakan bersama kami tentang kenabian Muhammad itu, dan tidak pula lebih dahulu mendatangkan tanda-tanda kekuasaan Allah”. Bagitulah kata-kata kaum musyrikin itu sama sahaja dengan ucapan kata-kata orang yang terdahulu (dari kalangan Bani Israel). 
.
.
[Previous] [Next]

.
Sumber
Terjemahan (1.2.111~120);  
[GS] https://t.co/vCxENzcHBp
Ulasan (1.2);  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/117474951268146902134/posts/9urL3wjpp4b



.

Thursday, 19 September 2013

Surah 94



{94}
AL-INSYIRAH (kelapangan) 1~8.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Bukan kah kami telah lapangkan bagi mu dada mu ? 
2. Dan kami telah turunkan beban mu daripada mu ?
3. Yang mendonggak kan belakang mu ?
4. Dan kami telah tinggikan sebutan bagi mu ?
5. Kerana sesungguhnya, beserta kesukaran (rohani) itu ada satu keluasan
6. Sesungguhnya berserta kepayahan (jasmani) itu, ada satu kelapangan.
7. Lantaran  itu, apabila engkau telah selesai, maka berdiri tegap.
8. Dan kepada Tuhan mu lah hendaknya engkau berkemahuan. 


[Previous Surah][Next Surah][Mukadimah Surah][Ringkasan Surah] .

.